Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Tuesday, June 15, 2010

Sesi "Try Run" KMJ 2010

Setelah beberapa bulan persediaan dan persiapan rapi dibuat oleh pihak seketeriat dan agensi-agensi terlibat, pada hari ini (16 Jun 2010) kesemua pihak yang terlibat akan melalui sesi "Try Run" sebagai persiapan terakhir sebelum kembara sebenar dijalankan.

Para peserta kembara telah mula berkumpul di Bangunan Stesyen Keretapi Johor Bahru (bangunan lama) sejak awal pagi lagi. Selain melalui proses pendaftaran, para peserta juga telah diberikan taklimat keselamatan oleh pihak KTMB serta taklimat ringkas kembara dari wakil Sekretariat KMJ 2010, En Tahir.

Peserta yang terlibat dalam "try Run" ini adalah wakil dari agensi-agensi yang terlibat termasuklah pihak media massa.

Semasa posting ini ditulis, penulis dan para peserta sedang berada dalam koc sementara menantikan keberangkatan tiba DYMM Tuanku yang akan mengetuai sendiri sesi "Try Run" ini.

Suasana di dalam koc begitu selesa, nyaman dan menyegarkan, lebih-lebih lagi cuaca hujan renyai di luar sana.

No comments:

Post a Comment