Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Wednesday, June 16, 2010

Meronda Bandar Kluang

Tepat jam 4.25 ptg, keretapi tiba di Stesen Kluang.

Seperti biasa, suasana di Stesen ini agar sibuk dan ramai orang... sama ada yang datang bagi menggunakan perkhidmatan KTMB dan tidak ketinggalan juga mereka yang bertandang kerana melepaskan gian dengan kopi, telur separuh masak & roti bakar Kluang Rail Coffee ASLI!

Peserta dibawa meninjau sekitar jln stesen (kedai masyarakat India), perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kolam Kelab Renang Kluang dan di Kem Mahkota Kluang.

"Boss' Sekretariat KMJ, Tuan Kamal Hisyam begitu bersemangat dan teliti dalam menentukan atur cara yang bakal dilalui DYMM Tuanku pada 26 Jun nanti. Taklimat dan perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak spt Pejabat Daerah, JKR & Tentera.

Nota: UTHM merancang untuk melancarkan Buku Coffee Table Kembara Mahkota Johor 2009 dan membuka Kiosk Internet di Stesen Keretapi Kluang.

Jam 6.05ptg, bergerak meninggalkan Kluang

No comments:

Post a Comment