Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Tuesday, June 15, 2010

Destinasi Pertama: Kulai


Jam 12.40tgh: Keretapi yang dipandu DYMM Sultan Ibrahim selamat tiba di Stesen Kulai, iaitu stesen pertama yang akan disinggahi konvoi KMJ 2010.

Sepanjang perjalanan, para peserta telah merasai pemanduan yang "smooth" dan lancar oleh DYMM Tuanku. Penulis sempat berbicara dengan seorang pegawai KTMB yang turut berada di dalam koc, dan beliau mengakui bahawa pemanduan DYMM Tuanku ini merupakan satu pemanduan yang sempurna!

Setibanya di Stesen Kulai, Bacaan doa ketibaan dibacakan oleh Pagawai Tadbir Agama Kulaijaya AlFadhil Ust Fahami Samad.

Seterusnya DYMM tuanku sempat membelek Akhbar Sinar Harian Edisi Johor (Yang bakal terbit dlm masa terdekat ini) yang ditunjukkan oleh Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. En Hashim Anang.

Di Meja Santapan, DYMM Tuanku sempat menjamah sedikit minuman (Coke) yang disediakan dan melayani beberapa pegawai kanan Kerajaan di meja tersebut.

Sebelum beredar, DYMM Tuanku telah dikerumuni para wartawan yang tidak melepaskan peluang menemubual DYMM Tuanku  berkaitan dengan KMJ 2010 ini.

No comments:

Post a Comment