Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Wednesday, June 16, 2010

Sejenak di stesen Chamek & Labis


Kira-kira jam 6.40 ptg, keretapi tiba dan berhenti di Stesen Chamek. Tak sangka di stesen kecil ini ramai juga yang sabar menanti ketibaan koc kembara ini.

Hari dah semakin gelap, namun team uru setia tetap bersemangat membuat tinjauan ke ladang kopi yang akan dilawati oleh DYMM Tuanku pada 27 Jun nanti.

Jam 8.00 mlm, perjalanan diteruskan ke Stesen Labis.

Semasa dalam perjalanan ini, para ahli rombongan dihidangkan dengan sajian makan malam (nasi putih + ayam masak kicap + sayur). Makannya bagus, penyediaannya pun bagus. Penulis difahamkan urusan penyediaan makanan ini dibuat di atas koc ini sepenuhnya.

Selepas makan, Penulis bersama-sama dengan Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor, En. Naim Maslan dan En Hamim Sanusi dari Ucitv mengadakan perbincangan bersama boss Skretarian KMJ, En Kamal Hisyam berkenaan sesi pelancaran Buku KMJ 2009. Buku ini diterbitkan hasil kerjasama Ucitv dan anak syarikat UTHM iaitu KuTech Sdn. Bhd.

En. Kamal Hisyam membelek Buku Coffee Table KMJ 2009
Dalam perbincangan yang diadakan di kafe dalam koc ini, En Kamal Hisyam membelek keseluruhan buku ini dan memuji  hasil kerja yang ditunjukkan terutama gambar-gambar yang dipaparkan.

Syabas penulis ucapkan kepada barisan Penulis buku ini iaitu En. Hamim, Tuan Hj Mohd Nor dan Pn. Fazelah.

No comments:

Post a Comment