Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Thursday, June 17, 2010

KTMB Kini

Kesempatan untuk turut serta di dalam test run KMJ kali ini merupakan satu yang amat berharga buat Penulis. Bukan sahaja dapat naik keretapi free, tapi dapat pula merasa berada di dalam keretapi yang dipandu sendiri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor yang dikasihi sekalian rakyat!

Berkesempatan berhenti hampir di kesemua stesen yang ada di Negeri Johor bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi! jika tidak kerana KMJ ini mana mungkin Penulis akan berhenti di stesen-stesen kecil seperti di Bekok, Tenang dan Chamek!

Kali terakhir Penulis menaiki keretapi adalah pada tahun 1993 iaitu dari Stesen JB ke Kluang (pergi-balik) dalam program "Kembara 4 Kenderaan Taman Negara Endau Rompin".

Sesuatu yang agak mengkagumkan Penulis adalah peningkatan mutu prasarana dan perkhidmatan yang berlaku dalam KTMB berbanding 17 tahun yang lalu. Selain keadaan stesen yang lebih selesa serta imej yang lebih menarik, keselesaan di dalam koc juga turut meningkat dengan ketara.

Perubahan yang ketara pastinya kerusi tempat duduk penumpang yang lebih selesa/beraircond, kemudahan ruang tidur yang ada kelas serta perkhidmatan katering dalaman yang lebih bersih dan presentable. Layanan mesra daripada "stewardest" juga boleh diberikan pujian.



Anyway tahniah dan syabas KTMB kerana menyediakan prasarana terbaik sempena KMJ 2010 ini. Tahniah kepada En Tariq Omar, Ketua Operasi Wilayah Selatan yang sentiasa cool dalam melaksanakan tanggungjawabnya!

No comments:

Post a Comment