Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Wednesday, June 16, 2010

Hari Kedua Mula Di Segamat

Seawal 7.30 pagi, para peserta telah mula berkumpul di Stesen Keretapi Segamat.
Pihak Sekretariat telah mengadakan sesi perbincangan dan taklimat dari En Tahir.

Prasarana dan Kemudahan yang terdapat di Stesen Segamat ternyata lebih baik kondisinya jika dibandingkan stesen-stesen lain yang kami singgahi semalam. Suasana tampak lebih nyaman, ruang menunggu agak luas dan selesa dan tandas awam kelihatan lebih terurus.

Para peserta disediakan sarapan pagi (nasi lemak + kopi) dan menjamu selera sambil mengadap koc dan dilatari desiran bunyi enjin lokomotif!... satu suasana yang menarik.

Dalam perjalanan ke Gemas penulis ambil kesempatan untuk mempelajari sedikit tip blogging ini bersama Sdr. Muhamad (pegawai UCiTV) sambil pekena milo tarik (pekat belake atas train ni!)

Terima kasih Sdr. Muhamad (duduk sebelah kanan Penulis)

No comments:

Post a Comment