Penafian

Blog ini diwujudkan atas inisiatif peribadi Penulis dan tidak boleh dijadikan sumber rasmi bagi sebarang pemberitaan berkaitan program Kembara Mahkota Johor ini. Pihak Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat atau bahan yang terdapat di dalam blog ini oleh pihak-pihak lain.

Wednesday, June 16, 2010

Membuat "Turning" di Gemas

Tiba di Stesen Gemas pada jam 10.30 pagi.

En. Kamal Hisyam terus mengadakan perbincangan dengan pihak KTMB untuk mengenal pasti lokasi dan persediaan acara-acara untuk DYMM Tuanku semasa di stesen ini 27 Jun nanti.

Stesen Gemas ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lokasi Kembara Mahkota Johor yang berada di luar tanah jajahan Johor Darul Ta'zim. Pemergian ke stesen ini dibuat memandangkan di stesen ini terdapat kemudahan untuk membuat "Turning" koc dan kepala keretapi.
Sebuah kepala lokomotif yang diletakkan di atas Turn Table
Aktiviti "turning" ini merupakan satu keperluan bagi sesiapa yang ingin lulus atau memiliki lesan pemanduan keretapi.

Penulis difahamkan, Turning adalah satu proses memusing koc atau kepala lokomotif ke arah yang bertentangan (180 darjah) bagi membolehkan proses penyusunan semula rantaian koc / gerabak keretapi. (maaf la jika pemahaman penulis ini tidak tepat)

Bagi melaksanakan turning ini kami dibawa kira-kira 700m ke hadapan (utara) sehinggalah tiba di tapak Turning dikenali sebagai Turn Table (terdapat satu rel apung yang boleh berpusing). Kepala lokomotif akan diletekkan di atas 1 Turn Table ini dan DYMM Tuanku akan menolak (memusing) kepala lokomotif ini secara bersendirian! bayangkan betapa gagahnya DYMM Tuanku kita!.

Untuk tujuan ujilari ini, En Kamal Hisyam telah melaksanakan proses turning ini dan beliau berjaya melaksanakannya dengan lancar! tahniah...
 Penulis mengabadikan kenangan di Stesen Gemas bersama En Syed Ibrahim

No comments:

Post a Comment